Jumat, 11 Mei 2012

Penjelasan Anatomi




Pengenalan Anatomi
Anatomi dan bahagian-bahagiannya.
Anatomi ialah kajian terhadap struktur-struktur badan dan perkaitan antara setiap struktur tersebut. Anatomi berasal daripada perkataan Yunani “ana” bermaksud asingkan dan “tome” bermaksud memotong.Kajian anatomi terdiri daripada beberapa bahagian iaitu:-
Anatomi makroskop atau anatomi kasar (gross) – Kajian dengan mata kasar tentang struktur tubuh dan hubungannya antara bahagian-bahagiannya.


Anatomi mikroskop atau histologi – Kajian tentang tisu tubuh menggunakan microskop.
Neuroanatomi – Kajian tentang sistem saraf.
Anatomi perkembangan – Kajian tentang proses perkembangan manusia seperti perkembangan embrio dan fetus yang juga dikenali sebagai embriologi atau perkembangan pranatal/ postnatal.
Anatomi perbandingan – Kajian anatomi dengan membandingkan anatomi haiwan yang berbeza atau antara anatomi haiwan dengan manusia.


  • Ramalan Hari Ini
  • 0 komentar:

    Posting Komentar

    Share

    Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More