Ciri ciri
perbankan konvensional
1. Membayar
kadar faedah atas deposit daripada penyimpan. Bank konvensional menyediakan
akaun simpanan tetap dan akaun simpanan untuk mengumpulkan deposit daripada
para penyimpan dengan cara membayar faedah.
2. Mengenakan
faedah atas pinjaman yang dberi kepada si peminjam atau pelabur. Bank
konvensional memberi kredit kepada pelabur dalam bentuk pinjaman dan overdraf
dengan mengenakan faedah.
3. Bank
konvensional mengamalkan prinsip keuntungen maksimum dalam pelaburannya,
asalkan tidak bercanggah dengan undang-undang negara. Bidang pelaburan yang
boleh dilakukan amat luas, merangkumi perhotelan, hiburan, anjuran pertunjukan
fesyen, aktiviti mengadu nasib seperti kasino, rafe, jakpot roulete serta
jualan semua jenis barang termasuk minuman keras dan makan yang tidak
dihalalkan olek Islam.
4. Bank
konvensional kurang menitikberatkan unsur spiritual atau keagamaan dalam
operasinya. Walau bagaimanapun, bank konvensional turut menjalankan
tanggungjawab sosial, seperti memberi sumbangan kepada pembinaan hospital,
masjid, rumah orang cacat atau pemeliharaan alam.






0 komentar:
Posting Komentar